SEMUA pelajar
sama ada di peringkat sekolah hingga universiti wajib menghormati guru serta
pensyarah. Justeru, kita disarankan agar tidak melakukan sesuatu perbuatan yang
boleh menyinggung perasaan mereka.
Dalam
konteks universiti pula, mahasiswa tidak seharusnya menatap telefon pintar
mereka sepanjang proses pembelajaran kerana bagi saya perbuatan ini jelas tidak
menghormati majlis ilmu yang dihadiri.
Seperti
yang sedia maklum, di universiti mahasiswa tidak disekat untuk membawa telefon
pintar ke kelas namun itu bukan bermakna mereka boleh menggunakannya sesuka
hati.
Sebagai
mahasiswa mereka seharusnya bijak menggunakan peranti itu dan bukannya sehingga
menyinggung perasaan pensyarah yang sedang mengajar di hadapan.
Ingat,
keberkatan satu-satu ilmu amat bergantung kepada adab kita ketika menuntut ilmu
dan keredaan guru yang mengajar.
Selain
itu, ringankanlah bibir untuk memohon maaf dan mengucapkan terima kasih sebagai
tanda hormat terhadap mereka yang sudi berkongsi ilmu dengan kita.
WAN
SITI NURUL HUSNA WAN MUHAMAD
Nilai
No comments:
Post a Comment